Butterfly Clip Art Butterfly Clip Art Butterfly Clip Art Butterfly Clip Art Butterfly Clip Art Butterfly Clip Art Butterfly Clip Art Butterfly Clip Art

Jumaat, 3 Julai 2020

Kemahiran asas Bola Tampar

(P)

Bola tampar 

Permainan bola tampar ialah permainan kategori jaring yang melibatkan 6 orang permainan sepasukan. Kemahiran asas dalam permainan ini ialah  menyangga, servis bawah tangan dan servis atas kepala. Permainan ini dimainkan di atas gelanggang berukuran 9 meter lebar dan 18 meter panjang dan dipisahkan oleh jaring di tengah gelanggang.



 Sejarah sukan bola tampar




Ada beberapa cabang sukan bola tampar, termasuk bola tampar pantai duo ataupun kuartet. Tetapi kali ini kami akan menceritakan tentang bola tampar yang biasa. Inspirasi Cikgu William G. Morgan Sukan ini adalah ilham daripada William G. Morgan pada tahun 1895. Beliau adalah guru pendidikan jasmani Young Men Christian Assosiation ( YMCA ) di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. YMCA adalah sekolah yang menempatkan pelajar berasrama yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan aktiviti riadah. Sebelum dikenali dengan volley ball, sukan ini dipanggil mintonette. G. Morgan mencipta satu sukan yang menggabungkan elemen, bola keranjang, besbol, tenis dan bola baling. G. Morgan sendiri bertemu dengan James Naismith untuk memberikan pandangan tentang sukan baru ini. James Naismith adalah guru pendidikan jasmani sama seperti Morgan. Naismith juga merupakan individu yang mencipta sukan bola keranjang. Setelah beberapa perbincangan dan kajian dilakukan, maka terhasillah sukan bola tampar. Sukan ini pada awalnya memang diciptakan untuk pelajar-pelajar di YMCA. 

Tidak ramai yang mahu bermain sukan ini ketika itu. Ramai yang lebih sukakan permainan bola keranjang. Tiada banyak perubahan dalam sukan bola jaring ini. Di mana jaring dipasang dalam ketinggian 1.98 meter. Manakala luas gelanggang adalah 7.5 meter x 15.2 meter. Morgan meminjam jaring daripada sukan tenis pada ketika itu. Setiap pemain akan melakukan 3 servis ke arah lawan dan setiap pasukan cuba mendapatkan mata dengan mematikan rali sepusingan dengan mematikan bola ke kawasan lawan. Pada 1895, selepas setahun bertapak, sukan ini ditukarkan nama kepada volleyball. Ianya sempena dengan demonstrasi pertama sukan ini di YMCA Training School atas undangan Pengarah Profesional Pendidikan Fizik YMCA, Dr.Luther Halsey Gulick. 


Dalam demonstrasi tersebut, William G. Morgan telah membawa 2 pasukan yang terdiri daripada 5 sebelah. Beliau menunjukkan bagaiman sukan tersebut boleh dimainkan di kawasan terbuka mahupun tertutup. Morgan menerangkan ketika itu sukan itu boleh dimainkan seberapa ramai yang mahu kerana ia untuk beriadah. Selepas penerangan yang menarik oleh Morgan. Bola rasmi pertama untuk sukan ini dicipta pada 1986 oleh Spalding. Selepas itu, sukan ini menerima evolusi teknik set dan spike pada 1916. Teknik spike ataupun taktikal kill ini telah diasaskan di Filipina di mana pemain bermain dengan kadar yang sangat intensif. Pada 1917, sukan ini ditukarkan daripada sistem kiraan 21 mata kepada 15 mata. Negara luar Amerika Syarikat yang pertama bermain bola tampar ialah Kanada pada 1900. Pada 1947, Fédération Internationale de Volleyball (FIVB) ditubuhkan. Ianya membawa kepada penganjuran kejohanan dunia pertama pada 1949 untuk lelaki dan yang pertama untuk wanita pada 1952. 

Sukan ini terus berkembang pesat ke seluruh dunia termasuk Brazil, Itali, Belanda dan banyak lagi negara di Eropah. Selepas itu ia mendapat sambutan di Rusia dan juga negara-negara di Asia. Ke Olimpik Pada 1964, sukan ini telah berjaya menjadi acara dalam sukan Olimpik dan konsisten sehingga ke hari ini. Pada hari ini, bola tampar dimainkan dalam gelanggan berukuran 9m x 8m. Panjang jaring adalah 39.4 inci dengan tinggi 2.43 meter dan 2.24 meter untuk wanita.. 3 meter pertama daripada jaring adalah kawasan yang digelar garisan serangan. Secara umumnya, kawasan dalam gelanggan setiap pasukan dibahagikan kepada barisan hadapan dan barisan belakang. Pemain akan melakukan servis dari luar hujung gelanggang. Setiap ahli pasukan perlu menukar kedudukan mereka mengikut arah jam. Sistem Libero (pemain bebas) diperkenalkan pada 1998. 

 Libero akan memakai jersi yang berbeza dengan pemain lain. Biasanya mereka memiliki teknik pertahanan yang sangat baik dan lincah. Mereka juga biasanya berbadan lebih rendah dan seorang ‘setter’ yang baik.


Kemahiran dalam sukan bola tampar

Kemahiran menyangga

1)Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

2)Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain. 

3)Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. 

4)Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. 

5)Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. 

6)Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. 

7)Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. 

8)Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. 

9)Kendurkan bahagian atas tubuh. 

10)Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

Sila lihat video dibawah.




KEMAHIRAN SERVIS

SERVIS BAWAH 


1)Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki membentuk kuda - kuda dengan badan agak condong ke depan. 

2)Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan yang satu lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam keadaan mengepal atau menggenggam.


3)Yang ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola dipukul di bahagian bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.

Sila lihat video dibawah.



SERVIS ATAS KEPALA

1)Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang bola.

2)Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga.

3)Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.

4)Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau beralun.

Sila lihat video dibawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan