Bola baling merupakan permainan yang dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada
tujuh orang pemain sepasukan. Kemahiran bola baling melibatkan kemahiran menghantar,
menangkap, mengelecek, mengadang, mengacah dan menjaga gawang. Permainan ini
melibatkan aspek kecergasan fizikal terutamanya komponen ketangkasan, kekuatan otot dan
kapasiti aerobik.
SEJARAH
Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan lasak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropahah pada suatu masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.
PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING
Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.
Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan.
Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.
Peringkat Sekolah dan Maktab
Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih guru-guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan. Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada tahun 1985 bagi melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil permainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru-guru yang ingin menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor di Kuala Lumpur. Di peringkat maktab perguruan pula, permainan bola baling telah mula aktif dan dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985. Pada tahun 1986, seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di kalangan penuntut maktab.
Peralatan yang digunakan
-Bola saiz 2 untuk semua kategori wanita dan lelaki bawah 15 tahun.
-Bola saiz 3 untuk lelaki 16 tahun ke atas.
Kasut sukan seperti kasut badminton mempunyai cengkaman di gelanggang dengan baik.
Jersi
Gelanggang bola baling
10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.
4. Seorang pemain dibenarkan: · Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya. · Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran. · Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar garisan tepi permainan disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang – kurangnya 3 meter dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.
Kemahiran asas menghantar
Hantaran jarak dekat atau jauh
Hantaran aras bahu
Hantaran jarak dekat
Hantaran bawah lengan
Hantaran lantun
Hantaran sisi
Hantaran aras dada
Video kemahiran hantaran bola baling
Video kemahiran menangkap dan menerima bola
Tiada ulasan:
Catat Ulasan