Jumaat, 3 Julai 2020
Khabib dapat ucapan takziah dari McGregor
Kepentingan pengambilan karbohidrat (carbo loading) untuk prestasi atlet
Kemahiran asas Bola Tampar
SERVIS BAWAH
1)Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki membentuk kuda - kuda dengan badan agak condong ke depan.
2)Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan yang satu lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam keadaan mengepal atau menggenggam.
Sila lihat video dibawah.
2)Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga.
3)Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.
4)Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau beralun.
Memadang: Kriket
Pos kali ini kita ingin mengenali sukan kriket yang sangat popular di India, Pakistan dan England serta Negara-negara lain di eropah terutamanya. Negara Malaysia masih kurang memberi perhatian kepada sukan ini namun kita masih ada skuad kriket.
Sejarah sukan Kriket
Kriket adalah permainan yang menggunakan alat pemukul kayu dan bola. Tujuan dari permainan kriket adalah untuk mencetak lebih banyak larian (run) atau angka dibandingkan dengan pasukan lawan. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan. Lamanya permainan kriket tidak di batasi oleh waktu, namun menggunakan over ( perpindahan ).
Kriket sangat popular di Inggeris. Kriket hampir sama dengan permainan bola kasti yang popular di Indonesia. Yang membedakannya adalah , apabila pada kasti, pemukul harus melakukan larian mengelilingi lapangan sesudah memukul. Sedangkan pada kriket, pemukul hanya berlari ulang-alik di dalam pitch.
Kriket merupakan sebuah sukan berpasukan yang dimainkan antara dua pasukan dan masing-masing pasukan kriket terdiri atas 11 pemain. Pasukan pertama menjadi pasukan pemukul bola. Mereka berusaha untuk mengumpulkan mata dengan berlari ulang-alik dengan sebanyak mungkin. Sementara itu pasukan yang lain berusaha untuk menangkap bola. Hal ini untuk mengurangkan pungutan mata yang dibuat oleh pasukan pemukul. Kedua pasukan kemudian bertukar giliran memukul setelah selesai satu pusingan. Pasukan pemukul bola menjadi tim penangkap bola ataupun sebaliknya. Terdapat beberapa variasi dari lamanya permainan kriket. Hal ini bergantung dari bentuk permainannya. Ada juga peraturan yang berbeza tentang bagaimana permainan dimenangkan atau seri.
Sejarah Kriket di Dunia
Sejarah permainan kriket ditemukan pada abad ke-16 di Negara Inggeris. Pada akhir abad ke-18 permainan ini telah menjadi sukan antarabangsa. Perluasan kerajaan Inggeris membuat permainan ini juga dimainkan di wilayah lain.
Pada pertengahan abad ke-19 kriket mulai dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Lembaga kriket Antarabangsa (ICC) memiliki 104 negara anggota. Kriket termasuk sukan paling popular di dunia setelah sepak bola.
Peralatan yang digunakan dalam sukan Kriket
- Cricket ball atau bola kriket memiliki ukuran antara 224 – 229 mm dan beratnya antara 156 – 163 gram.
- Cricket bat atau alat pemukul kriket.
- Terdapat dua wickets – struktur kayu yang terdiri dari satu set tiga tunggal atasnya oleh sepasang bails.
- Bails : dua kayu crosspieces yang duduk di atas alur pasangan berdekatan tunggal.
- Protective Gear : bantalan, sarung tangan, helmet dan yang lain-lain untuk batsmen untuk mencegah cedera ketika terkena bola.
- Kasut : kulit, biasanya dengan sol yang berduri untuk mengcengkam di rumput.
- Pakaian: seluar panjang, kemeja. Untuk perlawanan yang dimainkan dengan bola merah, pakaian harus berwarna putih atau krim. Untuk permainan yang dimainkan dengan bola putih, pemain biasanya menggunakan jersi dengan warna gelap seperti hijau pekat.
Kemahiran Bermain Kriket
Terdapat lima kemahiran dalam permainan kriket iaitu:
- Batting ( Memukul bola )
- Bowling ( Melempar bola )
- Fielding ( Menjaga )
- Catching ( Menangkap )
- Wicket keeper ( Penjaga stump )
Kemahiran asas sukan Kriket
- Untuk mengawali pertandingan, mula-mula pasukan penjaga masuk ke dalam lapangan, kemudian dua pemukul menyusul masuk ke lapangan.
- Kedua pemukul berdiri di bahagian depan stump masing – masing yang berada di atas lapangan atau pitch.
- Posisi kedua pemukul berlawanan.
- Pemukul pertama bersiap untuk memukul bola serta pemukul yang kedua siap untuk lari ke hujung stump lain, iaitu ke arah pemukul yang pertama.
- Selanjutnya berlari kembali apabila bola belum di ambil oleh penjaga pemadang.
- Jika salah satu pemukul mati, maka akan di gantikan oleh pemukul yang lainnya dan begitu seterusnya . Pemukul yang sudah mati tidak dapat melakukan pukulan lagi.
- Setiap pemukul berusaha untuk memukul bola dengan banyak yang boleh untuk mengumpulkan mata yang tinggi.
- Sesudah itu, pasukan A dan B bertukar posisi. Pasukan B menjaga bola dan Pasukan A memukul bola.
- Jika antara kedua pasukan mendapatkan nilai yang lebih tinggi, maka pasukan yang dengan mata tinggi tersebut dikatakan menang selama perpindahan ( over ) yang ada.
- Akan tetapi , jika pasukan A memukul bola dan semua pemukulnya mati sebelum over di tentukan habis, maka permainan selesai dan bertukar posisi.
- Pasukan B memukul serta mengejar mata yang dikumpulkan oleh pasukan A untuk memenangkan pertandingan.
Peraturan Kriket
Dalam permainan kriket, peraturannya adalah jurulatih tidak boleh ikut campur dalam pertandingan. Semua keputusan serta strategi pasukan di tentukan sendiri oleh kapten pasukan. Berbeza sekali dengan permainan baseball yang semua keputusan berada di tangan jurulatih termasuk memilih pemain yang turun ke lapangan.
Pada permainan kriket ini masing – masing tim terdiri atas :
- Kapten pasukan : bertugas untuk menentukan strategi dan pemain yang akan turun ke lapangan diawal pertandingan.
- Batsman : bertugas memukul bola. Setiap pemukul mempunyai dua kali kesempatan memukul yang kemudian digantikan oleh rakannya yang lain. Apabila satu pemukul gagal, maka ia harus keluar dari lapangan dan akan di gantikan oleh pemain lain dalam pasukan.
- Bowler : bertugas untuk melempar bola.
- Fielders : bertugas sebagai penangkap bola yang di pukul oleh pemain lawan. Apabila berhasil menangkap bola, pasukan pemukul tidak akan memperoleh skor atau run.
- Wicket keeper : mirip seperti fielders, wicket keeper bertugas untuk menangkap bola yang tidak boleh dipukul oleh batsman. Posisi wicket keeper berada di bahagian belakang batsman dan di depan gawang kriket yang berupa tiga tongkat berdiri sejajar di belakang pemukul.
- Mid on dan mid off : adalah tangan kanan batsman yang berada di kiri dan kanan.
- Gully : bertugas untuk menangkap bola sebelum bola meluncur lebih jauh serta membuka peluang pemain lawan untuk berlari. Berada di baguan belakang pemain yang bertugas sebagai slips.
- Slips : berjumlah empat orang yang berdiri berjajar di belakang gawang pada bahagian off side, di antara kawasan pemukul bola dan juga third man.
- Long on dan long off : berada di sebelah kiri bowler dan bahagian sebelah kanan bowler.
Kriket mempunyai dua pusingan dalam satu pertandingan. Setiap babak tidak mempunyai tempoh yang tetap. Kriket di mainkan berdasarkan dengan jumlah over yang terdiri atas 6 bola atau lemparan.
Pada kejuaraan kriket dunia, ODI ( One Day International ) Test dalam satu pusingan mempunyai 90 over yang bermaksud 540 bola sementara pada ketentuan umumnya, setiap pusingan hanya mempunyai 50 over yang berarti 300 bola. Maka tidak perlu berasa hairan apabila permainan kriket ini dimainkan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Minimum seharian, dan tidak juga kemungkinan bahawa permainan ini selesai dalam beberapa hari.
3 jenis pertandingan kriket
Dibawah video berkenaan peraturan kriket
Sukan kriket amat menarik. Setakat di sini perkongsian pada hari ini.
Gimnastik asas Hambur dan melombol
Konsep Kecergasan
Senaman membantu anda cergas
Senaman ialah aktiviti fizikal yang lebih tinggi intensitinya daripada aktiviti harian. Tujuannya adalah untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental.
Senaman boleh menjadi tabiat jika kita memilih aktiviti yang kita seronok untuk melakukannya. Setiap orang mempunyai jenis senaman kesukaan yang berbeza seperti berjalan, berlari, mendaki, mengikuti kelas kecergasan atau menggunakan mesin larian treadmill dan sebagainya. Walau apa pun pilihannya, senaman ialah kemestian untuk mengekalkan kesihatan.
Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati sebanyak 33.5% rakyat Malaysia tidak aktif secara fizikal. Ini bermakna hanya 14 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang aktif secara fizikal.
KEBAIKAN SENAMAN
- Meningkatkan kecergasan fizikal
- Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan ketangkasan
- Meningkatkan kualiti tidur
- Mempertingkatkan keyakinan diri dan mengurangkan keresahan
- Mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes
- Mengekalkan berat badan ideal
- Meningkatkan ketumpatan tulang
- Meningkatkan fungsi kognitif
SARANAN AKTIVITI FIZIKAL MENGIKUT UMUR
a) Saranan Aktiviti Fizikal bagi Umur 5 hingga 17 tahun
Aktiviti fizikal yang dicadangkan :
Bermain atau beriadah, bersukan, melakukan kerja rumah, berekreasi sama ada di rumah, di sekolah atau dalam komuniti.
Tempoh masa :
Melakukan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal tahap sederhana atau tahap tinggi setiap hari.
b) Saranan Aktiviti Fizikal bagi Umur 18 Tahun hingga 64 Tahun
Aktiviti fizikal yang dicadangkan:
Boleh dibahagikan mengikut domain seperti aktiviti fizikal waktu senggang (contoh: membasuh kereta atau berkebun), perjalanan (contoh: berjalan atau berbasikal), pekerjaan, melakukan kerja rumah, bermain, rekreasi luar dan bersukan sama ada bersama dengan keluarga, rakan atau komuniti.
Tempoh masa:
Sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Konsep kumulatif 150 minit seminggu merujuk jumlah masa yang dicampurkan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari secara berterusan. Misalnya 30 minit aktiviti fizikal tahap sederhana, 5 hari seminggu.
Individu dewasa yang tidak aktif pula, lebih baik melakukan sedikit aktiviti daripada tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Individu dewasa yang tidak mencapai keaktifan yang disarankan perlu lebih fokus untuk meningkatkan tempoh masa, kekerapan dan intensiti yang lebih tinggi.
c) Saranan Aktiviti Fizikal bagi Umur 65 Tahun dan Ke Atas
Aktiviti fizikal yang dicadangkan:
Domain aktiviti fizikal termasuklah aktiviti fizikal pada masa senggang (contohnya berkebun), perjalanan (contohnya berjalan atau berbasikal), pekerjaan (bagi individu yang masih bekerja), melakukan kerja rumah, aktiviti rekreasi, senaman (contohnya regangan, jogging & tai-chi) dan bersukan.
Tempoh masa :
Melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal tahap sederhana seminggu atau sekurang-kurangnya 75 minit aktiviti fizikal tahap tinggi sepanjang minggu dengan kombinasi aktiviti fizikal tahap tinggi dan sederhana.
PENGLIBATAN RAKYAT MALAYSIA
Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan rakyat untuk berjalan 10,000 langkah sehari.
Rujukan :
Garis Panduan Aktiviti Fizikal KKM 2017
http://www.myhealth.gov.my/kebaikan-senaman/
Bahagian untuk mengukur nadi